Sejarah pentadbiran Pejabat Daerah Baling bermula pada tahun 1852 apabila Kerajaan Negeri Kedah menempatkan seorang Penghulu bernama Hakim Mohd Bakhir Bin Mia Nasruddin untuk mentadbirkan Daerah Baling. Pada tahun 1908 seorang Pegawai Daerah bernama Che Ahmad Deli telah dilantik, maka bermulalah perubahan dalam corak pentadbiran dengan lebih meluas dengan diikuti oleh penempatan pejabat-pejabat kerajaan yang lain seperti Pejabat Tanah, Balai Polis, Sekolah Melayu, Pejabat Pos dan lain-lain lagi.
Pejabat Daerah pertama telah didirikan dengan kayu di kawasan Majlis Daerah sekarang ini pada tahun 1955 dengan perbelanjaan sebanyak RM125,000.00 dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah pada 11 November 1955.
Pejabat Daerah Baling terus memainkan peranan lebih mencabar lagi apabila bangunan baru Pejabat Daerah dan Tanah telah dibangunkan di Jalan Pegawai bernilai RM2 Juta telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 7 Ogos 1989.
No comments:
Post a Comment